SEPANG, 14 Ogos- Cubaan menyeludup sembilan guni sarang burung bernilai RM1.57 juta di zon perdagangan bebas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 31 Julai lalu dipatahkan pihak berkuasa.
Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, rampasan keseluruhan sarang burung seberat 196 kilogram dijalankan Bahagian Penguatkuasaan Kastam Zon Tengah.
Nilai barang yang dirampas melibatkan cukai sebanyak RM78,800 dan kes disiasat bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1957.
"Pemeriksaan ke atas sembilan guni mendapati ia mengandungi sarang burung di gudang ground team red (GTR) free commision zone atau zon perdagangan bebas di kargo KLIA," katanya dalam sidang media di Kompleks Kastam KLIA di sini.