fb fb fb fb fb

Sebuah sekolah di Rembau antara yang terima ancaman bom palsu

Siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan

REMBAU, 22 November - Sebuah sekolah di Rembau antara yang dilaporkan menerima ancaman bom palsu.

Ketua Polis Daerah Rembau Deputi Superintendan Hazri Mohamad menerusi satu kenyataan berkata, ancaman tersebut diterima menerusi email milik sekolah tersebut daripada sebuah email yang menggunakan nama “Taktsttorer”.

Sejurus pemakluman ancaman bom diterima, pihak polis dengan kerjasama Unit Pemusnah Bom, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bertindak mengosongkan premis berkenaan bagi membuat siasatan.

"Hasil pemeriksaan terperinci mendapati tiada sebarang bentuk letupan di setiap dalam dan luar blok bangunan sekolah tersebut.

"Kawasan sekolah tersebut diisytiharkan selamat serta telah mengarahkan pelajar untuk masuk ke asrama masing-masing," katanya Hazri.

Siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan perhubungan sembunyi nama serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian dan lain-lain.

"Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara tersebut dan diminta untuk membuat laporan polis sekiranya menerima sebarang ancaman sedemikian bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan," katanya.

TETITIA YUSOFF