fb fb fb fb fb

Salah guna kuasa, pembantu tadbir sekolah ditahan

Tertuduh (tengah) direman selama tujuh hari bermula hari ini

AYER KEROH, 19 Mac - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pembantu tadbir kanan sebuah sekolah di Melaka selepas didakwa melakukan salah guna kuasa.

Suspek didakwa dengan sengaja menggunakan jawatannya untuk memberikan kerja-kerja pembekalan dan perkhidmatan di sekolah tempat dia bertugas kepada syarikat milik anaknya.

Kesalahan didakwa dilakukan pada tahun 2020 dengan siasatan awal nilai kerja-kerja pembekalan itu berjumlah lebih RM125,000.

SPRM percaya suspek turut melakukan kesalahan sama pada tahun 2019, 2021 dan 2022.

Perintah reman terhadap suspek selama tujuh hari bermula hari ini telah dikeluarkan Mahkamah Majistret Ayer Keroh.

Kes disiasat bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie mengesahkan tangkapan.

TETITIA YUSOFF