fb fb fb fb fb

Salah guna dana awam: Pempengaruh terkenal didakwa esok?

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 19 September - Pempengaruh terkenal bakal didakwa di mahkamah esok, dipercayai berkaitan isu salah guna dana awam untuk kegunaan peribadi yang dikaitkan dengan beliau.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di TikTok rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

"SPRM telah mendapat izin mendakwa terhadap pempengaruh terkenal, Mohd Hazalif Mohd Hazani dikenali Alif Teega bakal didakwa di Makkamah Kuala Lumpur, esok," menurut hantaran itu.

Sebelum ini, media melaporkan SPRM membekukan kira-kira 20 akaun bank membabitkan nilai lebih RM740,000 susulan siasatan membabitkan pasangan suami isteri pempengaruh itu dan dua lagi individu.

Suspek iaitu tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 20-an hingga 30-an didakwa melakukan perbuatan itu sejak 2020 dengan penyaluran kutipan derma awam secara tidak betul.

Pada 16 Julai lalu mereka dibebaskan dengan bayaran jaminan RM100,000 setiap seorang selepas direman selama tujuh hari sejak 11 Julai.

 

GRACE AISYAH KEDAYAN