MUAR, 14 Mac- Seorang kelindan lori dipenjara tiga tahun dan tiga sebatan, selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual dan merogol seorang remaja bawah umur.
Pengakuan dibuat Muhammad Syazwan Akmal Mohd Hanafadil, 27 tahun di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menyentuh pipi dan kemaluan, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, pada pukul 9 pagi, 20 Februari lalu.
Manakala pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merogol remaja sama, pukul 8 pagi pada 23 Februari.
Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik hotel, di Jalan Sungai Abong, di sini.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak Kanak 2017, dan Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Daniel Munir, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.