fb fb fb fb fb

Polis Johor siasat dua anggota trafik disyaki lakukan pemerasan

Tangkap layar video tular dua anggota trafik dipercayai melakukan pemerasan terhadap pemandu warga Singapura.

JOHOR BAHRU, 14 Mac- Polis Johor menjalankan siasatan terhadap dua anggota trafik yang dipercayai melakukan pemerasan terhadap pemandu warga Singapura.

Menerusi video yang tular semalam, pemandu berkenaan dipercayai membayar wang $142 SGD kepada kedua-dua anggota yang bertugas di bahagian trafik Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru.
 
Tindakan itu bagi mengelak dikenakan saman atas kesalahan masuk ke laluan lori, di kawasan Check Point 8A arah Johor Bahru ke Singapura.
 
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 8.15 malam, pada 10 Mac lalu.
 
Kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan iaitu pemerasan.
 
Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, pihaknya belum menerima laporan daripada mangsa berhubung insiden itu manakala permohonan rasmi dibuat ke pejabat konsulat Singapura di Johor Bahru, bagi mengesan pemilik facebook ‘SAGE’dan Irene Teo.

Tegas M.Kumar, pihaknya tidak akan berkompromi dengan salah laku jenayah pegawai dan akan mengambil tindakan mengikut peruntukan Perkara 8 Pelembagaan Persekutuan.

ZEHRA BINTI ZAMBRI