fb fb fb fb fb

Rasuah: Bekas Datuk Bandar tidak mengaku bersalah

Foto RTM

JOHOR BAHARU, 3 Jun- Bekas Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengaku tidak bersalah atas 12 pertuduhan menerima rasuah, berjumlah RM1.55 juta pada Jun 2020 hingga Ogos 2021.

Tertuduh, Datuk Adib Azhari Daud, 64 tahun membuat pengakuan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Johor Bahru,Siti Noraida Sulaiman. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh pada ketika itu menjawat jawatan sebagai Datuk Bandar MBJB, telah menerima rasuah bernilai RM10,000 hingga RM250,000 daripada dua individu, dan proses dijalankan menerusi seorang pengantara.

Suapan sebagai upah bagi mendapatkan pelbagai projek, antaranya kerja mengatasi masalah tebing runtuh di belakang rumah Flat Sri Orkid, Taman Ehsan Jaya, Johor Bahru.

Selain,  Kerja Penyelenggaraan Tahunan Landskap Tepi Jalan di dalam kawasan MBJB bagi tempoh 28 bulan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Natrah Fariha Rahmat, mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Manakala tertuduh diwakili peguam Azrul Zulkifli Stork.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM120,000 terhadap tertuduh.

Kes disebut semula, tiga julai ini untuk penyerahan dokumen.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD