fb fb fb fb fb

PPM Wilayah Tiga saman bot pelancong bawa penumpang melebihi had

FOTO PPM WILAYAH TIGA

KUALA TERENGGANU, 12 Februari- Sebanyak lapan kompaun dikeluarkan kepada bot pelancong kerana membawa penumpang melebihi had yang dibenarkan dan menggunakan bot untuk membawa barangan kargo pada operasi yang dijalankan bermula 3 hingga 10 Februari lalu.

Operasi bersepadu yang dijalankan Pasukan Polis Marin PPM Wilayah Tiga itu dijalankan di perairan Kuala Terengganu dan Pulau Perhentian. 

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Zulafendy Hassan memaklumkan sepanjang operasi tersebut, sebanyak 51 buah bot bersama 270 penumpang diperiksa.

Katanya, empat buah bot ronda digerakkan sepanjang operasi dijalankan bagi menguatkuasakan undang-undang mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (Merchant Shipping Ordinance (MSO) 1952.

"Operasi sebegini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa. Penguatkuasaan bagi memastikan nakhoda bot bebas dari sebarang penyalahgunaan dadah serta memberi kesedaran kepada komuniti maritim supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan.

"Aspek keselamatan amat dititikberatkan  dan kerjasama orang awam dalam menyalurkan maklumat berkaitan jenayah maritim amat dituntut," katanya dalam satu kenyataan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE