fb fb fb fb fb

Polis tumpaskan sindiket dadah beserta rampasan bernilai RM2.5 juta

Foto RTM

JOHOR BAHRU, 28 Februari-Seorang lelaki ditahan polis bersama sejumlah dadah bernilai RM2.5 juta menerusi empat serbuan berasingan dijalankan di sekitar Johor Bahru, 16 Februari lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk M.Kumar berkata suspek yang ditahan didapati positif dadah jenis methamphetamine serta mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Sindiket dipercayai aktif sejak sebulan lalu dengan menjadikan kediaman berpagar dan berpengawal sebagai stor simpanan dan pembungkusan dadah bagi pasaran tempatan.   

"Kita, pihak polis juga mencari penama ini untuk membantu siasatan dalam kes ini. Kita percaya penama ini mungkin mempunyai maklumat-maklumat yang boleh membantu siasatan kes kita.

"Tangkapan seorang tapi kita percaya. Ada beberapa orang yang mendalangi atau bersama dengan suspek", katanya demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen(IPK) Johor di sini. 

Dalam operasi itu, polis merampas sebanyak 15.5 kilogram serbuk ekstasi termasuk 55 gram syabu yang dianggarkan bernilai lebih RM2.5 juta .

Selain dadah, polis turut menyita sebuah kereta, wang tunai dan pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk tujuan pembungkusan semula dadah.

Suspek telah didakwa atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 39a (1) akta yang sama.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD