fb fb fb fb fb

Polis tumpaskan sindiket curi motosikal libatkan remaja bawah umur

MELAKA, 16 Julai-Polis Melaka berjaya melumpuhkan sindiket curi motosikal melibatkan kanak-kanak dibawah umur.

Kejayaan berkenaan sekali gus menyelesaikan enam kes kecurian motosikal di sekitar Melaka sejak Januari lalu.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Senior Asisten Komisioner Polis (SAC) Md Nazri Zawawi berkata tangkapan dibuat menerusi Op Lejang yang dijalankan pada 4 hingga 7 Julai.

Dalam operasi itu, pihak polis menahan enam remaja berusia 13 hingga 17 tahun di beberapa lokasi sekitar negeri ini.

Sindiket dikenali sebagai ‘Kumpulan Botak’ itu diketuai remaja berusia 13 tahun.

Hasil tangkapan polis merampas enam buah motosikal yang dilaporkan hilang termasuk sebuah motosikal yang digunakan untuk tujuan melakukan kegiatan mencuri motosikal lain.

Bagaimanapun hasil ujian air kencing kesemua suspek bebas daripada sebarang penyalahgunaan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri kenderaan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD