fb fb fb fb fb

Polis kesan tujuh individu dikehendaki untuk siasatan kes jenayah

Tujuh individu dikehendaki polis untuk siasatan kes jenayah

KUALA PILAH, 16 Julai- Polis sedang mengesan tujuh individu membabitkan enam lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung pelbagai kes jenayah di daerah sini.

Mereka yang dikehendaki itu adalah Awaludin Ahmad, 47, Fong Kah Hing, 47, Nor Maslinda Musa, 43, Shahnem, 33, Gunalan Mariyappan, 31, Muhammad Mustakim Shaharuddin, 25, dan Muhammad Zulkifli Yusri, 24.

Ketua Polis Daerah, Penguasa Polis (SP) Amran Mohd Ghani dalam kenyataan memaklumkan Awaludin Ahmad dikehendaki bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Fong Kah Hing (Seksyen 15(2)(f) PCO), Nor Maslinda (Seksyen 380 Kanun Keseksaan), Shahnem (Seksyen 15(4)(f) PACO), Gunalan Mariyappan (Seksyen 457 Kanun Keseksaan), Muhammad Mustakim (Seksyen 506/427 Kanun Keseksaan) dan Muhammad Zulkifli Yusri (Seksyen 376 Kanun Keseksaan).

Sehubungan itu, mana-mana pihak yang mengenali, mengetahui atau mempunyai maklumat berkaitan kesemua individu berkenaan boleh hubungi Inspektor Ali Yaakob Abdullah di talian 06-484 2222 sambungan 266, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejbat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah atau balai polis berhampiran.

SITI AISHAH MD ISA