fb fb fb fb fb

Polis tumpas sindiket eksport dadah pasaran Hong Kong

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din (tiga, kiri) ketika sidang media mengenai kejayaan tangkapan dan rampasan dadah jenis heroin base yang dianggarkan bernilai RM7.89 juta di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur hari ini/FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 10 Januari - Polis berjaya merampas pelbagai bahan kimia serta dadah dianggarkan bernilai RM7.89 juta yang merupakan sindiket pengedaran dadah antarabangsa.

 Kesemua dadah berkenaan dirampas Jabatan SIasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman hasil perkongsian maklumat dan intipan dengan Biro Narkotik Hong Kong menerusi serbuan terhadap sebuah kondominium di ibu negara pada Jumaat lalu.

 Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din berkata, seorang lelaki warga tempatan, seorang lelaki Hong Kong dan seorang wanita Mongoloia berumur 25 hingga 48 tahun ditahan.

 “Kesemua heroin seberat 7.41 kilogram (kg) an 74.03 kg serbuk bahan kimia dirampas dalam serbuan di sebuah kondominium.

 “Modus operandi sindiket menjadikan premis kediaman kondominium sebagai tempat pembungkusan sebelum diedarkan ke pasaran Hong Kong.

 “Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas ini boleh digunakan oleh seramai 399,168 penagih,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur disini, hari ini.

 Tambahnya, saringan awal terhadap suspek mendapati suspek wanita Mongolia positif dadah jenis metamfetamin dan amfetamin.

 Manakala suspek tempatan mempunyai rekod lampau bersabit kes jenayah di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

 Katanya, operasi ini telah berjaya menumpaskan sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah bagi pasaran Hong Kong.

 “JSJN akan meneruskan siasatan untuk mengesan saki baki ahli sindiket untuk dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

GRACE AISYAH KEDAYAN