fb fb fb fb fb

Polis sahkan penemuan bayi dalam kotak di Pendang

Bayi lelaki yang ditemui dalam kotak di sebuah gerai di Kampung Rambai, Tokai, di Pendang, Kedah pagi tadi dipercayai dilahirkan dalam tempoh kurang 12 jam / Foto RTM

PENDANG, 8 Oktober - Bayi lelaki yang ditemui dalam kotak di sebuah gerai di Kampung Rambai, Tokai, di sini pagi tadi dipercayai dilahirkan dalam tempoh kurang 12 jam.

Ini berdasarkan keadaan bayi itu yang masih bertali pusat.

Ketua Polis Daerah Pendang, Timbalan Penguasa Polis, DSP Roslan Mat memaklumkan bayi tersebut dipercayai ditinggalkan individu tidak bertanggungjawab dengan niat menyembunyikan kelahiran.

"Bayi itu telah dibawa ke Hospital Pendang untuk pemeriksaan dan disahkan berada dalam keadaan sihat. Kes disiasat bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran," katanya menerusi kenyataan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil di balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Affendi Mohd Yunus ditalian 04-7596222 bagi membantu siasatan.

 

BERITA BERKAITAN:

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN