fb fb fb fb fb

GISBH: Lebih 600 kanak-kanak terima perlindungan mahkamah - Fahmi

Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA, 8 Oktober- Kesemua 662 kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah kebajikan membabitkan GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) kini telah menerima perintah mahkamah untuk mendapatkan perlindungan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menteri Komunikasi merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil mengesahkan perkara tersebut dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

"Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri telah memberi maklumat tambahan mengenai jumlah kanak-kanak yang diselamatkan, dan kesemua 662 kanak-kanak terlibat kini telah menerima perintah perlindungan mahkamah selepas beberapa operasi dijalankan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan pascamesyuarat Kabinet di sini hari ini.

Bulan lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan "Ops Global" dengan serbuan dijalankan ke atas beberapa rumah kebajikan yang berkaitan dengan GISBH di Semenanjung Malaysia susulan dakwaan berlaku eksploitasi kanak-kanak dan salah laku agama.

SITI AISHAH MD ISA