fb fb fb fb fb

Polis rampas lebih 19.5 kilogram dadah

Foto RTM

ISKANDAR PUTERI, 6 Oktober - Tiga lelaki dan seorang wanita dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah dicekup dalam tiga serbuan berasingan di sekitar daerah ini, pada 30 September lalu. 

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP M. Kumarasan berkata, operasi turut menemukan lebih 14.9 kilogram heroin dan syabu.

"Dadah terbabit dipercayai untuk kegunaan pasaran sekitar kawasan Johor Bahru.

"Keempat-empat suspek yang ditahan mempunyai rekod lampau berkait jenayah dan dadah," katanya.

Tambah beliau, suspek berusia 24 hingga 41 tahun itu juga didapati positif dadah.

Dalam kes berasingan, ACP M. Kumarasan memaklumkan, dua lelaki berusia 23 dan 25 tahun ditahan bersama lebih 4.6 kilogram heroin dan syabu pada hari sama.

"Tangkapan dan rampasan ini hasil pemeriksaan rawak yang dijalankan anggota. Dadah terbabit ditemukan dalam sebuah kereta di Mutiara Rini, Johor Bahru. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 15, 12, dan 39, Akta Dadah Berbahaya 1952. 

SITI NOOR KASANABILAH BINTI KAMARUL ZAMAN