fb fb fb fb fb

Polis rampas 30kg ganja, tahan lelaki di Miri

Foto hiasan

KUCHING, 1 April - Seorang lelaki tempatan ditahan dan 30 kilogram ganja bernilai RM93,000 dirampas dalam operasi khas yang dijalankan di Jalan Miri By-pass, kira-kira pukul 3.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu dalam kenyataan berkata, suspek berusia 25 tahun itu ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri.

"Mahkamah Majistret Miri membenarkan suspek ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan," katanya.

Alexson berkata kes kini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

TETITIA YUSOFF