fb fb fb fb fb

Polis Perak tahan suspek kes rogol pelajar

Foto Fail

IPOH, 29 Januari- Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan memaklumkan pihaknya telah menahan seorang suspek yang juga anggota polis berpangkat Sarjan dipercayai terlibat kes rogol di daerah Perak Tengah, pada Ahad.

Kes itu membabitkan pelajar perempuan berusia 16 tahun.

Jelas beliau, siasatan dilakukan bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan suspek telah direman sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan.

"Jadi, kita akan menjalankan siasatan dengan telus dan terbaik untuk memastikan keadilan buat pihak mangsa. Tidak kira melibatkan mana-mana suspek sekali pun waima warga kerja dan anggota kita sekali."

"Kita telah memanggil mangsa dan saksi-saksi untuk membantu dan melengkapkan kertas siasatan," kata Mohd Yusri kepada pemberita pada sidang media program Healthy Eating Active Living (HEAL) di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini.

Media sebelum ini melaporkan seorang pelajar tingkatan empat dirogol sebanyak dua kali oleh anggota polis berpangkat Sarjan pada Julai dan Oktober tahun lalu.

Laporan berhubung kejadian diterima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah pada 20 Januari lalu.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM