fb fb fb fb fb

Polis Kuching tingkat kemampuan tangani ancaman jenayah siber

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah

KUCHING, 24 Julai- Polis Kuching akan mempertingkat kemampuan dalam menangani ancaman jenayah siber.

Ketua Polis Daerah, ACP Ahsmon Bajah berkata, ia penting bagi memastikan polis sentiasa berada di hadapan dalam menangani jenayah baharu seperti jenayah kecerdasan buatan, AI.

Katanya, polis mempunyai strategi yang jitu sejak lima tahun lepas dalam mendepani jenayah baharu seperti itu.

"Kita ada kumpulan peneraju pada masa itu yang dihantar untuk berkursus menangani jenayah siber," katanya.

Bercakap kepada media selepas perhimpunan bulanan IPD Kuching pagi tadi, jelasnya lagi bahawa jenayah buli siber di Kuching bagaimanapun masih tidak merekodkan sebarang kes sejak tiga tahun lepas.

Dalam majlis itu, ACP Ahsmon turut menyampaikan sijil cemerlang kepada 30 anggota dan pegawainya yang mempamerkan prestasi yang baik dalam tugasan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE