fb fb fb fb fb

Polis terima laporan pelajar UPNM cedera parah

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 10 November- Polis mengesahkan menerima satu laporan berhubung kejadian mendatangkan kecederaan parah kepada seorang pelajar Tahun 1, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian dilaporkan berlaku pada 21 Oktober pada pukul 10.45 malam, ketika mangsa berada di tepi padang kawad.

"Mangsa merupakan seorang lelaki Melayu, berumur 19 tahun dilaporkan mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang akibat kejadian dipijak oleh seorang pelatih tahun 3, di Universiti berkenaan.

"Mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di hospital berhubung kecederaan yang dialami.

"Kes masih di peringkat siasatan dan polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan dilengkapkan," menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan lengkap dilakukan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI