fb fb fb fb fb

Polis Johor rampas diesel bersubsidi bernilai RM175,000 di Masai

Polis Johor rampas diesel bersubsidi bernilai RM175,000 di Masai, Johor Bahru

JOHOR BAHRU, 30 Januari- Polis Johor berjaya rampas 81,400 liter minyak diesel bersubsidi dalam satu serbuan di sebuah premis di kawasan perindustrian Plentong, Masai, Johor Bahru, kira-kira 9.30 malam kelmarin.

Selain rampasan bernilai lebih RM175,000, turut ditahan empat lelaki berumur antara 32 hingga 43 tahun disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan itu.

Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M. Kumar dalam kenyataan berkata, ketika serbuan, polis berjaya menemukan enam tangki berisi cecair disyaki minyak diesel, serta lapan pam dan hos yang disambung dengan beberapa buah lori.

Nilai rampasan keseluruhan berjumlah lebih RM920,000.

Siasatan awal juga mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah.

Kes disiasat mengikut seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum mengikut seksyen 22 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya.

ROSLINA BINTI DIN