fb fb fb fb fb

Polis Johor rampas dadah RM2.6 juta di pangsapuri mewah

Foto RTM

JOHOR BAHRU, 25 Ogos -Polis Johor berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM2.6 juta dalam dua operasi khas yang dijalankan antara 18 hingga 20 Ogos lalu, di sekitar negeri itu.

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, serbuan dijalankan di lima unit pangsapuri mewah sekitar Johor Bahru, hasil risikan dan maklumat awam.

Katanya, dalam operasi itu empat individu termasuk dua wanita warga Vietnam berusia antara 29 hingga 45 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah

"Pangsapuri yang mereka sewa untuk menyimpan dan membungkus dadah jenis ekstasi sebelum diedarkan ke pasaran tempatan mereka dipercayai beroperasi sejak April 2025," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini.

Kesemua suspek direman hingga Rabu untuk siasatan lanjut bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dua wanita Vietnam terbabit turut disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63. 

TETITIA YUSOFF