fb fb fb fb fb

Polis Johor rampas dadah hampir RM7 juta, tiga individu ditahan

Datuk M. Kumar menunjukkan barang rampasan dalam satu operasi di Johor Bahru pada 14 Jun lalu

JOHOR BAHRU, 23 Jun- Polis Johor merampas 42 kilogram dadah bernilai RM6.87 juta dalam satu operasi di Johor Bahru, 14 Jun lalu selain menahan seorang lelaki yang juga dalang sindiket, berusia 45 tahun bersama dua wanita Vietnam, masing-masing 23 dan 34 tahun, ditahan.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, modus operandi sindiket adalah menyewa rumah teres berdekatan antara satu sama lain sebagai tempat proses dan stor dadah

"Kini, sindiket ini mengenal pasti sasaran mereka melalui media sosial sebagai salah satu platform utama.

"Selain itu, mereka turut menggunakan ahli sindiket untuk melakukan penghantaran. Ada masanya barangan diletakkan di lokasi tertentu dan pembeli akan mengambilnya sendiri sebelum urusan bayaran dibuat melalui pindahan wang," katanya kepada pemberita di sini.

Turut disita dua buah kenderaan, peralatan proses dadah selain wang tunai bernilai lebih RM50,000 dan pelbagai barangan kemas.  

Siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959 palang 63.  

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI