fb fb fb fb fb

Polis Johor berkas 17 individu terlibat kegiatan pinjaman wang tanpa lesen

Foto Fail

JOHOR BAHRU, 11 Mac- 17 individu yang terlibat kegiatan memberi pinjaman wang tanpa lesen berjaya diberkas menerusi Ops Venture di seluruh Johor dari 5 hingga 6 Mac.

Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M. Kumar berkata tangkapan melibatkan 14 lelaki tempatan dan tiga warga asing termasuk dua wanita.

Lima kenderaan, 26 telefon bimbit, 25 kad bank, dua komputer riba dan 40 keping salinan kad pengenalan dirampas.

Turut dirampas, wang tunai berjumlah RM48,366 dan sembilan keping cek.

Mereka yang ditangkap berusia di antara 18 hingga 65 tahun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM