fb fb fb fb fb

Jalankan perniagaan pusat urat tanpa lesen & gajikan pekerja asing tiada permit, 87 individu ditahan

FOTO POLIS JOHOR

JOHOR BAHRU, 11 Mac- Seramai 87 individu ditahan selepas disyaki mengoperasikan pusat urut tanpa lesen serta menggajikan pekerja asing tanpa permit, di Johor, pada kelmarin. 

Kesemua suspek terdiri 68 warga asing dan 19 warga tempatan, berumur 22 hingga 64 tahun, ditahan menerusi serbuan Operasi Noda Khas, yang menyasarkan premis-premis urut, diseluruh negeri itu. 

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, 65 perempuan dan 22 lelaki, antara yang ditahan. 

Jelasnya, operasi yang disertai seramai 111 pegawai kanan dan rendah itu dilancarkan serentak, di setiap kontinjen polis negeri. 

Kesemua peralatan yang dipercayai digunakan dalam aktiviti mengurut, termasuk kondom, minyak urut dan telefon bimbit dianggarkan bernilai RM8,789, turut dirampas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 372A dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 107 Akta Kerajaan Tempatan 1976, serta Seksyen 6 (1) (c), Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63. 

Kesalahan turut membabitkan Seksyen 33(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 21(1)(n) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990. 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE