fb fb fb fb fb

Polis dalam proses lengkap siasatan dakwaan kes dera di madrasah tahfiz

Datuk Hussein Omar Khan

PETALING JAYA, 23 Februari- Pihak polis dalam proses melengkapkan siasatan berhubung dakwaan kes penderaan membabitkan pelajar tahfiz di Madrasah Darul Uloom AlMustafa (DUAM), Sungai Buloh.

Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, beberapa tindakan diperlukan untuk melengkapkan kertas siasatan.

Menerusi rakaman video dikongsi, pelajar berkenaan disepak,dipukul dan dipijak ketika sedang belajar, hujung tahun lalu.

"Kita masih dalam proses melengkapkan kertas siasatan mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001.

"Siasatan ada beberapa tindakan yang perlu dilengkapkan dan kita akan lengkapkan dan rujuk kepada pejabat pendakwa raya untuk keputusan," katanya dalam sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Petaling Jaya antara ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid kepada ACP Shahrulnizam Jaafar di sini.

Sebelum ini media melaporkan berkenaan dakwaan berlaku kejadian pukul dan paksa tidur di dalam tandas.

Bagaimanapun Pengerusi Pertubuhan Pertubuhan Nur AlMustafa Malaysia Hasnul Hakim Mohd Zain berkata, penyebaran video berkenaan kejadian itu adalah fitnah yang dilakukan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan reputasi madrasah tersebut.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI