fb fb fb fb fb

Polis cekup 67 individu terlibat aktiviti pelacuran

FOTO POLIS JOHOR

JOHOR BAHRU, 27 Januari- Seramai 67 individu ditahan, hasil serbuan ke atas 17 premis di seluruh daerah Johor dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran, kelmarin. 

Ketua Polis Johor, Komissioner Polis M. Kumar S. Muthuvelu berkata tangkapan itu terdiri daripada lapan lelaki dan empat wanita tempatan dan enam lelaki serta 49 wanita warga asing berusia antara 21 hingga 61 tahun. 

Turut dirampas, jadual kerja, kepingan resit, telefon bimbit,  pelbagai jenis dadah dengan anggaran berat 2,580.80 gram, wang tunai berjumlah RM57,447 dan barangan lain untuk melakukan perbuatan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 107  Akta Kerajaan Tempatan 1976, Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya.

Selain, Seksyen 372, 372B dan Seksyen 373 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63. 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE