fb fb fb fb fb

Polis cari pencuri duit tabung surau sekitar Ulu Tiram

Tangkap layar rakaman video rakaman tertutup CCTV yang tular memaparkan seorang lelaki dipercayai sedang mencuri wang tabung sebuah surau di Ulu Tiram, Johor

JOHOR BAHRU, 4 Januari- Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes mencuri duit tabung surau di sekitar Ulu Tiram, Johor, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 60 tahun dan mengesan sebuah video yang dimuat naik di media sosial Komuniti Roda Johor memaparkan kejadian berkenaan.

Hasil siasatan awal mendapati, kejadian berlaku pada 1 Januari lalu kira-kira pukul 6.30 petang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh salurkan ke balai polis berdekatan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE