fb fb fb fb fb

Polis berkas lelaki terlibat kes pecah rumah di Pasir Gudang

PASIR GUDANG, 26 April - Seorang lelaki ditahan di sini kelmarin selepas dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah. 

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kes pada pukul 9 malam di kawasan sama. 

Menurut Sohaimi, ketika tangkapan dibuat, terdapat pergelutan berlaku kerana suspek cuba melarikan diri. 

Turut dirampas, sebilah pisau pemotong daging, sebiji batu dan sebuah kerusi plastik yang mempunyai kaitan dengan kes. 

Hasil semakan rekod lampau mendapati, suspek mempunyai satu kesalahan dadah. 

Lelaki berusia 20 tahun itu, direman selama empat hari sehingga 28 April bagi membantu siasatan. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. 

Semalam, polis mengesahkan rakaman video tangkapan polis ke atas seorang individu yang tular di media sosial adalah berkaitan kes pecah rumah yang berlaku di kawasan Pasir Gudang, Johor. 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD