fb fb fb fb fb

Polis berkas lapan lelaki terlibat sindiket dadah

Komisioner M. Kumar S. Muthuvelu menunjukkan dadah-dadah yang dirampas pada satu sidang media hari ini

JOHOR BAHRU, 28 Januari- Lapan lelaki tempatan termasuk dalang sindiket pengedaran dadah diberkas di lima lokasi berbeza pada 24 hingga 25 Januari lalu.
 
Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar S. Muthuvelu berkata, tangkapan dibuat di Parit Jawa, Muar,Tampoi Johor bahru, Pulau Pinang dan Pahang.
 
Beliau berkata, sindiket itu aktif sejak Jun tahun lalu.
 
Sebanyak 80 bungkusan plastik syabu dalam bungkusan teh cina seberat 82.86 kg, 2.78 gram pil ekstasi dan 2.50 gram ketamin dirampas melibatkan nilai RM2.735 juta.
 
Manakala nilai sitaan kereta, wang tunai, barang kemas dan jam berjumlah RM1.788 juta.
 
Nilai rampasan keseluruhan termasuk sitaan berjumlah RM4.523 juta.
 
"Modus operandi kumpulan ini menjadikan rumah sebagai transit dan stor penyimpanan sebelum diseludup ke negara jiran melalui jalan laut dan menggunakan khidmat tekong laut,"katanya.
 
Mereka direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah berbahaya 1952.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE