fb fb fb fb fb

Polis belum terima laporan kekecohan pemain, pengadil di Manjung

Tangkap layar video tular kekecohan sekumpulan pemain dan pengadil di Manjung

IPOH, 20 November - Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum menerima sebarang laporan berkaitan penularan video kekecohan sekumpulan pemain dan pengadil di Manjung, pada Ahad.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata siasatan akan dilakukan sekiranya pihak polis menerima laporan mengenai insiden tersebut.

"Setakat ini kita belum lagi menerima laporan, jika kita ada terima laporan kita akan buat siasatan. setakat ini belum ada laporan lagi," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Perhimpunan Bulanan PDRM Perak di Perkarangan Parkir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Video berdurasi 30 saat itu menunjukkan seorang pengadil lari menyelamatkan diri selepas dikejar sekumpulan pemain dan jurulatih.

Situasi itu bagaimanapun cuba dikawal orang awam yang berada di tempat kejadian.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN