fb fb fb fb fb

Lelaki didakwa jual diesel kepada syarikat tidak berlesen

Yip Kian Yew didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas tuduhan menjual barang kawalan berjadual iaitu 10,920 liter minyak diesel kepada syarikat yang tiada lesen atau kelulusan bertulis daripada Pengawal Bekalan pada November 2022.

IPOH, 20 November- Salah seorang rakan kongsi Syarikat Fullyee Petroleum, didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan menjual barang kawalan berjadual iaitu diesel pada November 2022.

Tertuduh, Yip Kian Yew, 54, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibaca terhadapnya di hadapan Hakim, Azizah Ahmad.

Tertuduh, sebagai pemegang lesen borong, didapati menjual 10, 920 liter diesel, kepada Syarikat K2 Bitumen Shd Bhd, yang tidak mempunyai lesen atau kelulusan bertulis yang sah daripada Pengawal Bekalan. 

Kesalahan itu dilakukan di Taman Perindustrian Kampung Kepayang, daerah Batu Gajah.

Kes didakwa mengikut Seksyen 22(2) Akta Kawalan Bekalan 1961( Pindaan 2006), jika sabit kesalahan, denda tidak lebih RM2 juta.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 10 Januari tahun depan bagi pengurusan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Suhana Mohd dan Hasyutantee Halim manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Meor Faridalatrash Wahid.

ZEHRA BINTI ZAMBRI