fb fb fb fb fb

Pindaan Akta Komunikasi, punca kadar kompaun berbeza

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 12 Mac- Kadar kompaun berbeza dikenakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) terhadap dua kes 3R iaitu video jelik didakwa menghina agama Hindu dan hantaran isu 'ham' menghina Islam disebabkan terdapat pindaan bagi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa 11 Februari lalu.

Menurut MCMC, kes berkaitan isu 'ham' berlaku sebelum pindaan akta terbabit dengan kandungan dan komen jelik dimuat naik pada 18 Januari 2025.

Sebelum pindaan akta yang berkuat kuasa pada 11 Februari 2025, denda maksimum adalah RM50,000 atau penjara sehingga setahun.

Bagi kes menghina agama Hindu, selepas mengambil kira kandungan membabitkan isu kepentingan awam yang mewujudkan ketidaktenteraman antara kaum dan agama, kompaun sebanyak RM250,000 ditetapkan terhadap syarikat berkenaan.

Ia mengikut kadar kompaun selepas pindaan dilaksanakan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM