fb fb fb fb fb

PGA tumpas cubaan seludup 10 ekor lembu bernilai RM97,500

10 ekor lembu seberat lebih 6,500 kilogram dipercayai diseludup dari Thailand/Foto PGA

KOTA BHARU, 28 Januari – Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan kegiatan menyeludup 10 ekor lembu di Kampung Belukar, Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor, di sini pada awal pagi Isnin.

Komander PGA Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, sebuah lori jenis Hicom yang dipandu seorang lelaki berusia 42 tahun ditahan dalam keadaan mencurigakan.

"Hasil pemeriksaan mendapati 10 ekor lembu seberat lebih 6,500 kilogram dipercayai diseludup dari Thailand melalui pangkalan haram.

“Kesemua lembu yang ditemui tidak mempunyai dokumen sah, dan suspek dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup lembu tersebut ke pasaran tempatan,” menurut kenyataan itu.

Katanya, anggaran nilai rampasan keseluruhan, termasuk lembu dan lori, dianggarkan bernilai RM97,500.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953, dan suspek serta barang rampasan telah diserahkan kepada Komtak PGA Taman Bakti dan Jabatan Veterinar Kelantan untuk tindakan lanjut," katanya.

GRACE AISYAH KEDAYAN