fb fb fb fb fb

Peter Anthony gagal rayuan semakan, kekal dipenjara

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 20 Ogos – Usaha terakhir bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony, untuk mengetepikan sabitan kes pemalsuan dokumen gagal selepas Mahkamah Rayuan di sini menolak permohonan semakan yang difailkannya.

Dengan keputusan itu, hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 2022 kekal berkuat kuasa.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Azman Abdullah menegaskan, tidak wujud sebarang kegagalan keadilan kerana isu laporan polis yang dibangkitkan telahpun dihujahkan secara menyeluruh dalam rayuan sebelum ini.

Mahkamah Rayuan menegaskan bahawa hak untuk didengar telah diberikan kepada tertuduh, dan permohonan semakan kali ini tidak mempunyai merit untuk diterima.

Pada 4 Mac lalu, Peter yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, mula menjalani hukuman penjara tiga tahun selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya.

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI