fb fb fb fb fb

Pesara guru rugi RM400,000 terpedaya skim pelaburan ‘Accerx’

FOTO HIASAN

IPOH, 25 Januari- Seorang persara guru di sini menanggung kerugian lebih RM400,000 akibat terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang disertai menerusi aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, wanita berusia 69 tahun berasal dari Taman Bercham Jaya itu menyertai skim pelaburan menggunakan platform ‘Accerx’.

Siasatan polis mendapati pengadu telah dimasukkan dalam kumpulan WhatsApp yang tertulis dalam bahasa Cina ‘S4 Pandangan Baru Terhadap Kekayaan Group’ yang menawarkan pelaburan wang.

Mohd Yusri berkata, suspek berperanan sebagai pentadbir kumpulan WhatAspp itu telah menunjukkan cara-cara menyertai pelaburan sehingga menarik minat pengadu.

Ujarnya, sejak daripada itu, pengadu telah memasukkan dana sebanyak 17 kali kedalam 12 akaun bank yang berbeza berjumlah lebih RM442,947.

"Apabila pengadu ingin mengeluarkan wang keuntungan pelaburan, suspek telah meminta pengadu membuat bayaran.

"(Disebabkan itu), barulah pengadu sedar dia telah ditipu suspek," katanya dalam kenyataan.

Susulan itu, pengadu membuat laporan polis semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

SITI AISHAH BINTI MD ISA