fb fb fb fb fb

Bapa ditahan kes pukul anak turut disyaki rogol zuriat sendiri

FOTO HIASAN

REMBAU, 25 Januari- Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai memukul dan menendang anak perempuannya berusia 17 tahun hingga cedera dalam kejadian di sini, Negeri Sembilan.

Menurut Ketua Polis Daerah, Deputi Komisioner Hazri Mohamad, lelaki, 47, itu turut disiasat bagi kesalahan merogol.

Hazri dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan daripada pegawai perubatan Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah yang memaklumkan remaja itu memberitahu pernah dirogol bapanya pada 12 November lalu.

Remaja itu kini menerima rawatan di hospital berkenaan akibat kecederaan pada bahagian bahu, belakang kepala sebelah kiri, tangan dan bibir akibat dipukul oleh suspek.

Semakan polis mendapati suspek mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan dadah.

Suspek kini direman sehingga Sabtu ini untuk siasatan lanjut.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan.

SITI AISHAH BINTI MD ISA