KUALA TERENGGANU, 6 Januari – Seorang penjawat awam lelaki sebuah universiti awam di Terengganu direman lima hari kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM50,000.
Perbuatan itu dipercayai sebagai balasan bagi menyokong dan memperakukan dokumen tuntutan bayaran melibatkan lima projek bernilai RM500,000 di universiti berkenaan.
Perintah reman sehingga 10 Januari itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Yuhanis Mohd Roslan selepas permohonan dibuat di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.
Suspek menerima rasuah tersebut melalui transaksi pindahan ke akaun bank milik isterinya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.