fb fb fb fb fb

Peniaga rugi RM50,450, terpedaya skim pelaburan palsu

FOTO FAIL

KUALA TERENGGANU, 16 Disember - Seorang peniaga kedai makan kerugian RM50,450 selepas ditipu skim pelaburan tidak wujud dalam aplikasi Telegram.

Mangsa seorang lelaki berusia 53 tahun telah melihat satu iklan pelaburan di Telegram yang menawarkan pulangan keuntungan lumayan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata, pada 30 November lalu mangsa yang tertarik telah menghubungi individu bernama Mohd Arsa Shailendra melalui aplikasi tersebut dan bersetuju membuat modal pelaburan permulaan RM1,000 dengan pulangan sebanyak RM23,000.

"Pengadu diminta mengisi satu borang secara dalam talian yang mengandungi maklumat serta butiran peribadi.

"Setelah mengisi borang mangsa telah membuat lapan kali pemindahan wang berjumlah RM50,450 sebagai modal pelaburan ke empat akaun berbeza bermula 30 November hingga 5 Disember.

Bagaimanapun sehingga kini mangsa tidak menerima  sebarang keuntungan seperti yang dijanjikan. Mangsa yang berasa tertipu telah membuat laporan polis semalam. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

TETITIA YUSOFF