KUALA TERENGGANU, 15 Januari - Seorang Pengurus Besar Lembaga Pertubuhan Terengganu direman tujuh hari atas dakwaan menyalahgunakan jawatannya bagi pembelian pukat dan racun serangga palsu.
Majistret Yuhanis Mohd Roslan mengeluarkan perintah reman terhadap suspek berusia awal 50-an itu selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.
Suspek didakwa menyalahgunakan kuasa dengan meluluskan tuntutan bayaran dengan mengemukakan invois syarikat yang palsu, menggunakan nama isterinya sejak tahun 2018 lalu.