fb fb fb fb fb

Bekas pengurus gudang syarikat logistik didakwa minta rasuah RM10,500

SHAH ALAM, 16 Januari - Seorang bekas pengurus gudang milik sebuah syarikat logistik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tujuh tuduhan rasuah berjumlah RM10,500.

Tertuduh Jasryn Hilmy Juraidi, 41 mengangguk faham selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Awang Kirsnada Awang Mahmud.

Jasryn didakwa melakukan ketujuh-tujuh kesalahan itu pada lima tahun lalu daripada pemilik sebuah syarikat sebagai upah mempercepatkan proses tuntutan syarikat berkenaan melibatkan 13 dokumen invois berjumlah RM525,543.60.

Diadidakwa melakukan perbuatan itu di salah sebuah cawangan bank di Pelabuhan Klang antara 30 September 2019 hingga 26 Februari 2021.

Ketujuh-tujuh pertuduhan itu dikemukakan mengikut seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Irna Julieza Maaras mencadangkan kesemua jaminan sebanyak RM40,000 kepada Jasryn dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, Peguam Noor Zurawati Ishak mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan kepada RM10,000 dengan alasan anak guamnya merupakan penanggung tunggal bagi menyara keluarga dan ibu bapanya.

Awang Kirsnada jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dengan pasport diserahkan kepada mahkamah selain perlu melaporkan diri ke pejabat SPRM Selangor pada minggu pertama setiap bulan.

Mahkamah kemudian menetapkan 21 Februari depan untuk sebutan semula kes.

GRACE AISYAH KEDAYAN