fb fb fb fb fb

Penemuan mayat lelaki di Senadin disahkan mangsa bunuh

FOTO POLIS MIRI

 MIRI, 19 April- Mayat lelaki yang ditemukan di tebing tasik di Senadin, Miri pada Rabu lalu disahkan sebagai mangsa bunuh.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki tempatan untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabun memaklumkan, suspek merupakan anak saudara mangsa.

Siasatan awal polis mendapati, motif pembunuhan adalah perselisihan faham antara ahli keluarga.

Pemeriksaan terhadap tubuh badan mangsa menemukan enam kesan kecederaan di kepala disyaki ditetak dengan objek tajam.

Selain, dua kesan tetakan pada tapak tangan kanan serta satu kesan tetakan masing-masing di belakang badan dan lutut kiri mangsa.

Kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE