fb fb fb fb fb

Polis buru suspek pecah rumah di Tanah Merah

Foto Hiasan

TANAH MERAH, 19 April - Seorang suspek sedang diburu kerana disyaki memecah masuk dan melarikan wang tunai serta barangan berharga bernilai keseluruhan kira-kira RM5,000.

Kejadian berlaku di sebuah rumah di Kampung Kubang Kerian, Bukit Panau di sini, Rabu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Mohd Razi Rosli dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada seorang lelaki berusia 32 tahun kira-kira pukul 9.30 malam.

"Suspek dipercayai melarikan diri bersama wang tunai anggaran nilai RM1,000, dua bentuk cincin emas, emas dengan berat satu gram, seutas jam tangan berjenama dan kunci rumah," katanya.

Mohd Razi berkata hasil pemeriksaan mendapati tingkap di bahagian pintu belakang rumah berkenaan telah terbuka dan ada kesan umpil pada cermin tingkap bilik tidur dan polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek," katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 14 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

TETITIA YUSOFF