fb fb fb fb fb

Pemuda mengamuk maut, pengawal keselamatan direman bantu siasatan

KOTA BHARU, 30 Januari- Seorang pengawal keselamatan direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes kematian seorang pemuda di Masjid Tok Guru Pulau Melaka, Kota Bharu, malam tadi.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Muhammad Fitri Mokhtar.

Perintah reman suspek berusia 32 tahun bermula hari ini sehingga Ahad bagi membolehkan siasatan mengikut Sesyen 304 Kanun Keseksaan.

Terdahulu seorang individu yang mempunyai masalah mental meninggal dunia dipercayai dipukul di Masjid Tok Guru Pulau Melaka.

Mangsa berusia 20-an dipercayai mengamuk di masjid berkenaan sebelum menendang seorang wanita berusia 50-an yang melalui perkarangan masjid itu sebelum mangsa dipukul.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat.

Media Baharu