fb fb fb fb fb

Pemandu bas didenda RM6,000, lakukan khianat

Mohd Nazri Elias, 38 tahun didenda RM6,000 di Mahkamah Majistret Johor Bahru

JOHOR BAHRU, 29 Disember- Seorang pemandu bas didenda RM6,000 di Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah, melakukan khianat ke atas kereta seorang wanita warga Taiwan pada 20 Disember lalu.

Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin turut memerintahkan tertuduh, Mohd Nazri Elias, 38 tahun, dipenjara setahun jika gagal membayar denda terbabit. 

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Nazri melakukan kesalahan pada pukul 9.05 malam, di kilometer Tiga, Jalan Pantai menuju ke Permas Jaya.

Ketika kejadian, tertuduh didakwa memecahkan cermin sisi, dan mencalarkan kereta wanita terbabit, mengakibatkan kerugian kira-kira RM5,000.

Tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Norfarahin Mohd Yazid manakala kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, R. Nevina mengikut Seksyen 427 Kanun Kesekaan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI