fb fb fb fb fb

Pelakon lelaki didakwa tumbuk teman wanita

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 8 Julai- Seorang pelakon lelaki didakwa memukul teman wanitanya di dalam sebuah kenderaan di Ara Damansara awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar@Ismail berkata pihaknya telah menerima laporan daripada mangsa pada hari sama.

"Kejadian berlaku kira-kira pada pukul 3.00 pagi selepas mangsa yang berusia 25 tahun keluar dengan kakaknya.

"Suspek yang berusia 37 tahun telah menghubungi mangsa untuk berjumpa dengannya.

"Ketika pengadu masuk dalam ke dalam kereta, suspek secara tiba-tiba memarahi mangsa dan terus menumbuk mata kiri serta badan mangsa.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya menerusi kenyataan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM