fb fb fb fb fb

Pelaburan saham luar negara palsu, broker tanah rugi RM1.45 juta

Foto Hiasan

MUAR, 21 Ogos- Seorang broker tanah di sini kerugian RM1.45 juta selepas menjadi mangsa pelaburan tidak wujud melibatkan saham luar negara, sejak Jun lalu.

Ketua Polis Dareah Muar, ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata mangsa, wanita berumur 44 tahun itu mengetahui tentang Skim Pelaburan Luar Negara itu, pada Mei lalu menerusi Facebook.

Katanya, skim tersebut menjanjikan pulangan lumayan mendorong mangsa melabur RM1.45 juta melibatkan transaksi ke lima akaun bank berbeza dari 14 Jun hingga 13 Ogos lalu.

"Mangsa kemudian menerima pulangan RM25,500 namun modal pelaburan dibuat mangsa tidak dapat dikeluarkan selepas sindiket mendakwa mangsa mempunyai tunggakan pelaburan, serta tidak mengikut peraturan.

"Mangsa sedar ditipu lalu bertindak membuat laporan polis, semalam," katanya.

Ujar Raiz kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

ZEHRA BINTI ZAMBRI