fb fb fb fb fb

PDRM, POLRI jejak suspek ancam aset Petronas di Bintulu

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail

KUCHING, 13 September - Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini bekerjasama dengan Polis Republik Indonesia (POLRI) bagi mengesan individu yang menghantar mesej ugutan terhadap Petronas dan asetnya di Bintulu.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, kerjasama itu penting kerana ia melibatkan kes jenayah rentas sempadan.

“Saya minta semua kontinjen meningkatkan kawalan keselamatan di semua premis yang membabitkan Petronas,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Kuching, hari ini.

Setakat ini, kedua-dua agensi keselamatan masih belum berjaya menjejaki individu yang menghantar mesej ugutan tersebut.

Minggu lalu, mesej ancaman terhadap fasiliti Gas Asli Cecair (LNG) di Bintulu dilaporkan diterima, sekali gus mendapat perhatian serius kerajaan negeri dan persekutuan kerana melibatkan aset strategik negara.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE