fb fb fb fb fb

Ops Gegar: 27 PATI ditahan di Kuching

Kesemua PATI yang ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Semuja

KUCHING 17 Februari- Seramai 27 pendatang asing tanpa izin, PATI ditahan dalam Operasi Gegar, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak, JIMS di salah sebuah pusat hiburan di Kuching malam tadi.

Pengarah Imigresen Negeri Sarawak, Abdul Halim Abang Naili memberitahu kesemua yang yang ditahan merupakan warganegara China iaitu seramai 17 orang, lapan warga Indonesia dan dua warga Vietnam.

Kesemua tahanan dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Semuja untuk siasatan lanjut atas pelbagai kesalahan bawah Akta Imigresen 1959/1963, antaranya tidak mempunyai pas yang sah dan tinggal lebih masa.

Katanya, majikan yang terlibat juga telah dikeluarkan saman saksi.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan sebanyak 117 operasi telah dilaksanakan bagi tempoh 1 Januari sehingga 14 Februari tahun ini di seluruh negeri dan telah menahan seramai 493 PATI daripada 1448 yang diperiksa.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE