PERMATANG PAUH, 1 Disember - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAINPP) akan memperhebat operasi penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti jenayah syariah, terutamanya yang melibatkan perlakuan luar tabii.
Walaupun mengakui kekangan dari segi bukti kukuh untuk tujuan pendakwaan,
Timbalan Ketua Menteri 1 merangkap Exco Pembangunan Agama Islam, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid menegaskan, walaupun terdapat kekangan dari segi bukti kukuh untuk tujuan pendakwaan, bahagian penguatkuasaan sentiasa cakna dan bersedia untuk bertindak.
Selain penguatkuasaan, JHEAINPP juga aktif menjalankan program dakwah dan kesedaran secara berterusan, terutamanya bagi golongan yang terlibat.
“Seperti yang disebut oleh Menteri Agama, pendakwaan hanya boleh dibuat jika terdapat bukti yang kukuh. Tangkapan memang telah dilakukan, namun setakat ini bukti untuk mengesahkan kes tersebut masih belum mencukupi.
"Situasi sama berlaku di Pulau Pinang, di mana dakwaan ada, tetapi sukar dibuktikan kerana tiada bukti yang benar-benar kukuh. Walau bagaimanapun, bahagian penguatkuasa di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang sentiasa cakna dan komited dalam usaha membanteras perbuatan mungkar di negeri ini," katanya dalam sidang media selepas majlis penutup penyerahan Sumbangan Smartboard Wakalah Zakat Etiqa Takaful di Dewan Perda Space and Sport Arena, di sini.