JOHOR BAHRU, 17 Ogos- Seramai 37 warga asing ditahan Jabatan Imigresen (JIM) Johor dalam satu operasi pada Jumaat.
Operasi yang dijalankan di sekitar Johor Bahru itu hasil aduan orang awam.
Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus dalam kenyataan berkata mereka yang ditangkap terdiri daripada 13 lelaki warga Myanmar, 10 wanita Myanmar, lima lelaki Bangladesh, tiga lelaki dan enam wanita Indonesia.
Semua mereka berusia antara 21 hingga 60 tahun.
Mereka disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 11(7)(a) Peraturan Imigresen 1963.
Seorang lelaki tempatan turut ditahan mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 kerana melindungi warga asing.
Operasi JIM Johor, 37 warga asing, seorang lelaki tempatan dicekup

powered by social2s